FLIPPED CLASSROOM By Dr. Masila Alias
Definisi
Flipped Classroom atau dalam bahasa Melayu ialah Kelas Berbalik adalah satu model pengajaran
di mana pengajaran secara syarahan yang disampaikan secara tradisional menjadi
kerja rumah manakala kerja rumah seperti latihan pengayaan, tugasan makmal
aktiviti penyelesaian masalah dan sebagainya dilaksanakan dalam kelas semasa
jadual waktu PdPc.
Kelas berbalik ialah satu pendekatan pengajaran yang digunakan oleh pendidik untuk
menghidupkan model kelas kuliah tradisional supaya pembelajaran bilik darjah
menjadi lebih aktif. Amalan tradisional masa kelas yang biasanya untuk
menyampaikan isi kandungan digunakan untuk melangkapkan latihan yang biasanya
diberi sebagai kerja rumah.
Kelas berbalik
merupakan kaedah pengajaran berpusatkan pelajar yang berasaskan teori pembelajaran konstruktivisme. Bergmann dan Sams (2012) menekankan
enam ciri utama kelas berbalik iaitu masa
pengajaran bertukar, kuliah boleh diakses di mana-mana, pelajar terlibat secara aktif
dalam aktiviti, kelas seperti bengkel, guru sebagai pemudah cara dan
menyesuaikan pembelajaran dengan menggunakan teknologi.
Dalam model berbalik,
masa disusun dengan teratur. Pelajar
masih perlu bertanya soalan mengenai kandungan
yang telah disampaikan melalui video, jadi beberapa minit awal kelas guru
biasanya menjawab soalan-soalan tersebut. Ini membolehkan guru menangani
masalah pemahaman konsep.
